بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Kamis, 02 Mei 2013
RISALAH MAKRIFAT 9 : MEMAHAMI MAKRIFAT
Makrifat adalah suatu topik yang sangat sukar untuk difahami, banyak orang tidak mengerti tetapi beranggapan faham,.. mereka beranggapan ilmu makrifat itu adalah Makrifat. Ilmu tidak sedikitpun menyentuh Makrifat, kerana apa,… kerana ilmu adalah yang berkaitan dengan alam. … alam yang dijadikan Tuhan dan alam bukan Tuhan .
'
Sedangkan Makrifat adalah yang bersangkutan dengan Dzat Allah Yang Mutlak , iaitu Tuhan Semesta Alam. Sungguh jauh perbezaannya, contohnya orang yang mempunyai ilmu tentang kereta, sebut saja tentang keretaia sangat faham tentang kereta,..tetapi malangnya dia sendiri tidak ada kereta, hendak pergi ke mana-mana pun terpaksa sewa teksi atau bas.
'
Beginikah yang dikatakan Makrifat, tentu sekali tidak… Makrifat adalah berkaitan dengan pengalaman , hal, dzauk,..tetapi bukan yang berkaitan dengan ilmu.
'
Seseorang yang bermakrifat, yang sungguh-sungguh dalam Makrifatnya kepada Allah, bukan sekadar teori semata, tetapi telah benar-benar meresapi Makrifat itu, …. malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid .
'
Maka, jika mereka mati, sesungguhnya mereka tidak mati, tetapi mereka hidup di sisiAllah dan mendapat Rahmat Nya.
'
Allah mengharamkan cacing-cacing dan ulat-ulat tanah daripada memakan jasadnya yang telah dikuburkan itu,…walaupun telah dikuburkan beratus-ratus tahun, jasadnya masih tetap tidak binasa, malahan masih seperti baru dikebumikan. Segar tidak hancur dan tidak mengalami perubahan, kelihatan seperti orang yang dilamun mimpi indah dalam tidur.
'
Sebahagiannya yang lain mendapat Rahmat Tuhan, dengan apa yang disebut “terbang burung terbang sangkar”, …. jasad dan ruh mereka kembali kepada Tuhan yang dikasihinya.
'
HAI JIWA-JIWA NAN TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN REDA DAN MEREDAI …
KUNCI KAKRIFAT
Apakah yang dikatakan kunci makrifat itu, pada umumnya sudah tentu kuncinya banyak dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu.. Salah satu daripadanya ialah …. kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka daripadamakhluk kepada Allah…banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan seharian…apa yang mereka lihat hanyalah yangzahir sahaja… pandangan mereka tidak tembus kepada senario di belakang apa yang kelihatan… mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..
'
Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, telah menikmati banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pemberi, ..sudah tentu kenikmatan itu tidak terkirakan…bagaimanapun bagi memudahkan citra… secara umumnya ada tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. dan sudah pasti .. nanti yang diperolehi daripada yang tiga itu…lebih lagi…..
'
Pertama: anggota jasad mereka yang bermakrifat tenang… maksudnya tidak sakit….Kedua: kehidupan mereka aman.. iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..dan yang Ketiga: kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. contohnya, syaitan dan jin tidak mengganggu mereka..
'
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati , iaitu merasakan Dzahir nya Allah… Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar